Picture
Wanita IKRAM diseru agar sentiasa bermuhasabah samada peranan sebagai penyokong serta tulang belakang kepada dakwah suami dan jamaah telah terlaksana atau sebaliknya. Menyingkap kisah isteri-isteri nabi Ismail sebagai contoh tauladan yang baik kepada para daieyah, Ketua Wanita IKRAM Kemaman, Pn Saidah Mamat mengingatkan agar kaum wanita sentiasa berusaha menjadi pembantu dan pemangkin kepada amal dakwah sebagai intipati ucapannya semasa Mesyuarat Agung Wanita IKRAM Daerah Kemaman yang berlangsung di SMI Al-Amin Kemaman pada 14 Jun 2013 yang lalu. Mesyuarat Agung yang dihadiri seramai lebih kurang 30 orang ahli Wanita IKRAM Kemaman itu telah dirasmikan oleh Pn Hjh Yong Rafidah bt Salleh.

Wanita sebagai sayap kepada Pertubuhan IKRAM telah melaksanakan pelbagai aktviti merangkumi pelbagai aspek kemasyarakatan, tarbiyah dan dakwah sepanjang tahun lalu dan berharap para ahli terus komited memberi sumbangan dan menyertai setiap program yang bakal dilaksanakan. Antara aktviti yang dijalankan oleh Wanita IKRAM Kemaman sepanjang tahun lalu termasuklah

Wanita sebagai sayap kepada Pertubuhan IKRAM telah melaksanakan pelbagai aktviti merangkumi pelbagai aspek kemasyarakatan, tarbiyah dan dakwah sepanjang tahun lalu dan berharap para ahli terus komited memberi sumbangan dan menyertai setiap program yang bakal dilaksanakan. Antara aktviti yang dijalankan oleh Wanita IKRAM Kemaman sepanjang tahun lalu termasuklah Seminar Super Mom, Super Dad, Rehlah IKRAMJunior, Ramadhan and Me, Buyutuna fi Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada Kelab Ibu Tunggal Kemasik serta Karnival Kesihatan. Wanita turut memberikan penglibatan yang memberangsangkan dalam siri Roadshow Palestin dan Program Semarak Ramadan yang dijalankan oleh Pertubuhan IKRAM di  seluruh Kemaman.

Dalam program ini juga Wanita IKRAM telah menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahlinya yang baru melangsungkan perkahwinan dan menimang cahaya mata.

Semoga Mesyuarat Agung Wanita IKRAM Daerah Kemaman yang berjaya dilaksanakan baru-baru ini menjadi pembakar semangat untuk wanita terus berperanan membina diri, keluarga dan masyarakat, inshaAllah.
FAZ
6/19/2013 02:13:35 pm

Semoga wanita IKRAM terus gigih menyantuni masyarakat!

Reply



Leave a Reply.