Picture
Alhamdulillah, pada 2 November yang lalu telah berlangsung Majlis Ihtifal Tadika An-Nur Kerteh sempena meraikan 72 orang pelajar 6 tahun yang berjaya menamatkan pengajian. Majlis yang berlangsung di Dewan Sek Men Rantau Petronas ini telah dihadiri oleh sekitar 150 orang ibubapa dan jemputan khas.

Majlis dimulakan dengan bacan doa oleh Adik Mohd Syimir b Saifulizam diikuti bacaan Al-Quran surah Luqman oleh Adik Nurul Jannati bt Muzahar dan bacaan terjemahannya oleh Adik Nur Irdina bt Zainal.

Pengerusi ALP Tadika An-Nur, Pn Hjh Noor Ashikeen Ab Hamid pada awal ucapannya memberikan penghargaan kepada warga kerja Tadika An-Nur atas usaha keras menjayakan majlis ini yang pastinya akan menjadi motivasi kepada anak-anak dan ibubapa bagi memastikan kecemerlangan yang berterusan di peringkat yang lebih tinggi. Beliau turut menegaskan tentang peranan ibubapa dalam memberikan sentuhan awal kepada anak-anak untuk membentuk akhlak dan keperibadian yang mulia. Tambahnya lagi, pihak tadika dan sekolah juga mengharapkan sokongan yang berterusan daripada ibubapa untuk memastikan kelangsungan proses pendidikan anak-anak memberikan kesan yang positif seperti yang diharapkan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM Kemaman, Pn Saidah bt Mamat. Beliau dalam ucapan perasmiannya turut menyeru ibubapa untuk bersama-sama memberikan tumpuan terhadap pendidikan anak-anak sebagai langkah proaktif untuk mencegah salah laku sosial yang semakin meruncing di kalangan remaja dewasa ini. Ujarnya lagi, Pertubuhan IKRAM Malaysia khususnya di Terengganu sentiasa komited dalam usaha memberikan pendidikan Islam yang komprehensif kepada masyarakat segenap lapisan umur dan berharap agar ibubapa dapat terus memberikan sokongan dalam masa yang sama, dapat melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti IKRAM


Majlis kemudian diceriakan lagi dengan persembahan menarik daripada pelajar dimulai dengan kelas Ibnu Bhaitar dengan persembahan pantomin yang bertemakan "Keluarga Bahagia". Persembahan yang mendapat didikan daripada Cikgu Hafida ini mengisahkan tentang perjalanan hidup manusia yang memerlukan matlamat akhir yang jelas agar manusia dapat mengembangkan potensi positif bagi mendapatkan kecemerlangan dunia dan akhirat. Kelas Ibnu Assakir di bawah bimbingan Cikgu Rozita pula mempersembahkan coral speaking bertajuk "I Love My Teacher". Majlis semakin ceria dihiburkan oleh persembahan tarian senamrobik daripada anak-anak pelajar Kelas Ibnu Batuta di bawah kendalian Cikgu Azilawati serta persembahan nasyid Bahasa Arab bertajuk "Zoo" oleh pelajar kelas Ibnu Jauzi di bawah bimbingan Cikgu Zaruazita.

Dua orang tokoh pelajar Rabbani telah dinobatkan pada majlis ini iaitu Adik Mohd Adam b Haris Ariffin dan Adik Nurul Ain Nabilah bt Afandi. Pemilihan tokoh Pelajar Rabbani ini adalah berdasarkan kecemerlangan dalam akademik, ketinggian akhlak dan keperibadian.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu "Imam Muda" daripada anak-anak pelajar dan guru-guru.

Semoga anak-anak pelajar lepasan Tadika An-Nur ini akan terus meningkatkan pencapaian sahaja daripada sudut akademik malahan keperibadian dan sahsiah untuk terus mencapai kec



Leave a Reply.